Bahan-bahan
1. SerbukPenaik / Baking Soda
2. Cuka / Vinegar
3. Plasticine (bisa diganti dengan tanah/ bubur kertas)
4. Botol bekas
Eksperimen
1. Balut botol dengan menggunakan plasticine untuk membentuk gunung berapi seperti gambar di bawah.
3. Masukkan 50 mL cuka ke dalam gunung berapi.
Keputusan
Anda akan melihat buih-buih udara keluar dari gunung berapi anda.
Kesimpulan
Serbuk penaik bertindakbalas dengan cuka menghasilkan buih yang mengandungi gas karbon dioksida.
Aplikasi dalam kehidupan seharian
Boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah sinki tersumbat.
Fakta Sains Di sebalik Eksperimen
Serbuk penaik adalah bahan kimia yang dipanggil sebagai sodium bikarbonat (NaHCO3). Sekiranya sodium bikarbonat dimasukkan ke dalam air, ianya akan terurai kepada ion sodium (Na+) dan ion bikarbonat (HCO3- ) .
NaHCO3 ---> Na+(aq) + HCO3-(aq)
Cuka, adalah asid acetic (cuka-acid lemah: rasa masam). Asid acetik (CH3COOH) sekiranya di dalam air, sebahagiannya terpisah menjadi ion hidrogen ( H+) dan ion acetate (CH3COO-)
CH3COOH <---> H+(aq) + CH3COO-(aq)
Eksperimen ini melibatkan dua tindakbalas iaitu:
i) tindakbalas asid-bes diikuti;
ii) tindakbalas pemecahan semula
Apabila sodium bikarbonat dan cuka dicampurkan, ion hidrogen dari cuka akan bertindakbalas dengan ion bikarbonat (HCO3- ) dari serbuk penaik untuk membentuk satu bahan kimia baru iaitu asid karbonik (H2CO3).H+ + HCO3- ---> H2CO3
Asid karbonik (yang tidak stabil) seterusnya terurai kepada gas karbon dioksida(CO2) dan air(H2O).H2CO3 ---> H2O + CO2
Hasil eksperimen: Buih-buih yang mengandungi gas karbon dioksida(CO2)
Fakta Ekstra
Menggunakan struktur molekul komponen / bahan yang terlibat, tindakbalas kimia tersebut boleh ditulis seperti berikut:
Tindakbalas kimia keseluruhan kebiasaannya ditulis seperti berikut :
NaHCO3 (aq) + CH3COOH (aq) ----> CO2 (g) + H2O (l) + CH3COONa (aq)
Fakta Sains Di sebalik Eksperimen
Serbuk penaik adalah bahan kimia yang dipanggil sebagai sodium bikarbonat (NaHCO3). Sekiranya sodium bikarbonat dimasukkan ke dalam air, ianya akan terurai kepada ion sodium (Na+) dan ion bikarbonat (HCO3- ) .
Cuka, adalah asid acetic (cuka-acid lemah: rasa masam). Asid acetik (CH3COOH) sekiranya di dalam air, sebahagiannya terpisah menjadi ion hidrogen ( H+) dan ion acetate (CH3COO-)
Eksperimen ini melibatkan dua tindakbalas iaitu:
i) tindakbalas asid-bes diikuti;
ii) tindakbalas pemecahan semula
Apabila sodium bikarbonat dan cuka dicampurkan, ion hidrogen dari cuka akan bertindakbalas dengan ion bikarbonat (HCO3- ) dari serbuk penaik untuk membentuk satu bahan kimia baru iaitu asid karbonik (H2CO3).
Asid karbonik (yang tidak stabil) seterusnya terurai kepada gas karbon dioksida(CO2) dan air(H2O).
Hasil eksperimen: Buih-buih yang mengandungi gas karbon dioksida(CO2)
Fakta Ekstra
Menggunakan struktur molekul komponen / bahan yang terlibat, tindakbalas kimia tersebut boleh ditulis seperti berikut:
Tindakbalas kimia keseluruhan kebiasaannya ditulis seperti berikut :
0 komentar:
Posting Komentar